Antara KAramah-Karamah MUjahedeen!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera
Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan
dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu ke arah membina
semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk
Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad
tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus
berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan
Kuasa-kuasa Besar Dunia.





Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,
Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru
ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut
yang sampai kepada saya:

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu
ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba
burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu
akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para
Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa
ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara
sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat
melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan
mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua
belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur
oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket.
Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat
pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa
matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih
dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan
bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam
Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih
ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan
yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt
menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih
ramai.

JANJI ALLAH BENAR BAGI HAMBA YANG MENANTIKANNYA!

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di
ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka
bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu,
sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52) .


Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA..

CREDIT TO HAWK..

TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR3

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 EntiTi PeriBadi |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.