JANJI ALLAH BAGI ORG YANG MAHU BERKAHWIN

1-"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki
yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah
sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang
soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang
baik buat kita. Amin.

2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang
lelaki
dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya.
Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)

Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan
berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun
tetap
ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta
yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik,
"adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk
melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu
ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan
untuk
memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan
berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan.
Kelak,
Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila
tanggung jawab para pemuda bertambah - dengan kewajiban menafkahi
isteri-isteri dan anak-anaknya - maka Allah akan memberikan rezeki yang
lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan
mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika
menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan
mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu
seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya
supaya
merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara
kehormatannya".
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan
Hakim
2: 160)

Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya,
maka
berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan
pertolongan Allah itu pasti datang.

4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan
sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri
dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ".
(Al Mu'min : 60)

Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah
nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa
memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan
sbgnya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya
adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat,
mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya
adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para
malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu
antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan
dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang
haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah,
mengakui
bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya,
mengakui
bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi
ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian
orang
ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini
jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang
merupakan
peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:

"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan
sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
malam".
(Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah
kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7
hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya
jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya)
syirik."
(Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad
dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al
Baqarah
: 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar
datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan
Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai
Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 - 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak
kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik
sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada
kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.
8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)

Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama
Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah
Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu
penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong
(agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa".
(Al Hajj : 40)

10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al
Baqarah
:
214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun
Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih
sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka
kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan
muslimah.

AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN

Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain pada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan juga Al Furqan atau “yang membedakan”. Siapa yang mengamalkan Al Quran, maka cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan ajaran Al Quran, maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dan amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. Banyak dari amalan-amalan Islam telah dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru, dicedok dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman selepas tabit tabiin, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu, Islam masih lagi kelihatan syumul. Pada zaman tiga ratus tahun hingga membawa kepada tujuh ratus tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas tujuh ratus tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rosak. Ilmu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, yang rosak dan yang susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggal dan dilupakan oleh umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini, kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hampir kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam sama ada lahir mahupun batinnya. Itu sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah-belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam sudah tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam tetapi cara hidup, cara berfikir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpakaian secara Islam. Mereka sudah lupa itu apa aurat. Mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka sudah lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam. Mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. Mereka sudah lupa berhibur secara Islam. Mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian sunnah berserban mereka tak tahu. Makan cara Islam di dalam talam, makan bergaram dan duduk bersimpuh, mereka rasa pelik. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal ianya adalah satu amalan yang mulia dan merupakan sebahagian dari syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi orang-orang soleh. Tidak pula mereka pandang salah atau hina bila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Dadah, arak, zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu yang orang lain tidak perlu masuk campur.Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sistem kapitalis yang diamalkan yang hanya mementingkan untung berlipat ganda tanpa mengira halal atau haram. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan yang melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan yang menggalakkan pergaulan bebas muda mudi dan penggunaan dadah. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu dan penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dan bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup cara nafsi-nafsi,yang kuat timbul yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggikan pucuk masing-masing untuk mendapat cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatu-padukan umat, yang adil, yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan rohaniah lebih dari pembangunan material. Sudah begitu jauh cara hidup umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untuk menebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu kepada dua, tiga, empat, lima dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan dapat kita nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis.Dengan ketiga-tiga perkara ini juga iaitu iman, ilmu dan amal, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

Islam asalnya dagang. Kini cara hidup Islam kembali dagang, ia terpinggir dan tersisih di zaman jahiliah moden ini.

aPE sEBENARNYA yANG dIBENTUK dALAM sOLAT???



Fikirkan Lah Kenapa Kita sanggUp Meninggalkan Solat....kenapa sanggup kita melupakan Allah Sedangkan DIa Senantiasa bersama dan Memberikan Nikmat yang tidak Terhitung pada Kita...

Ingatlah bahawa Rasuluallah sendiri berhadapan Dengan Allah Semata-mata untuk menerima kewajipan Solat...Rasul dikecam dan dicemuh berikutan peristiwa tersebut yang dikenal peristiwa Isra' Mikraj...tapi kenapa umat baginda sekarang melupakan begitu sahaja segala titis peluh dan usaha rasul yang tidak sekali pun baginda mengharap pembalasan atas kebaikan yang Baginda berikan...

Renung-renungkan...

Mengapa aku hanya berkata???




Kau kata “Aku bercita-cita tinggi untuk jd jundullah!”
Tapi yg kau lakukan “bukan amalan jundullah”

Kau kata “ Kita tak cukup tarbiyyah!”
Tapi kau “tak pernah tarbiyyah diri sendiri.”

Kau kata “Kau benci itu, kau benci ini!”
Tapi yang kau selalu buat “itu dan ini”

Kau kata “KFC, Coke donate kat Israel”
Tapi “KFC yang kau cari, Coke yang kau beli”

Kau kata “Chatting membuang masa”
Tapi itu yang “kau klik mula-mula!”

Kau kata “Adik2, jgn cinta dunia!”
Tapi kau “cari cari cinta dunia.”

Kau kata “Cariklah redha Allah semata-mata”
Tapi yang mula-mula kau cari “ redha manusia”

Kau kata BANYAK..
Tapi kau buat SIKIT..

Mengapa hanya berkata?
Sedangkan buatnya tidak!!!!

APA YANG KAU MAHU SEBENARNYA.. SAMPAI BILA KAU TERUS NAK SEKADAR BERKATA-KATA? JUJURLAH..JGN MEMBUAT PENIPUAN DLM BERJUANG.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. “ As-Saaf (2 dan 3)

SolaT e2 Wajib...


SEKSAAN BAGI YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
DI DUNIA

1. Dicabut berkat umur (hidup susah dan tidak aman).
2. Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (hilang seri muka).
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5. Ia tidak tergolong dari kalangan mukmin.
6. Dihilangkan Allah akan rezekinya.

WAKTU HENDAK MATI

1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan kelaparan.
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

DALAM KUBUR

1, Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyala api di dalam kubur untuknya, maka ia bergelumang di dalam api siang dan malam.
3. Datang ular bernama SYUJA yang matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika hingga hari kiamat.

DARI KUBUR KE AKHIRAT

1. Diberatkan hisab (banyak soal jawab).
2. Dimurkai Allah.
3. Dimasukkan ke dalam neraka.

kEMULIAAN Bismillah




BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan
terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di
atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada
19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah
kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa
kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung
kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran,
maut mendadak dan bala.

Tanda-Tanda Yaumul KiamaH


Tanda-Tanda Doom Day....



Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
-Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
-Abu Hurairah r. a-

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r. a. Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."

-Sahih Bukhari-

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
-Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya."Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalammendirikanmasjid"

-Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
-Riwayat Ahmad dan Hakim-

Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."
-Riwaya t Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."

-Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
-Riwayat Thabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"

-Sahih Muslim-
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 EntiTi PeriBadi |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.